CURAHAN HATI IBU


Click here for Myspace Layouts

Friday, March 17, 2017

Rindu Ibu Part 2

Sehari dua ini tidak pula Idzham menaliponku.  Mungkin dia sudah selesa dan punya kawan untuk lawan berborak.  Agak lega juga peasaanku mungkin dia sudah pandai menyesuaikan diari.  Tiba-tiba aku mendapat panggilan telefon daripada Idzham dan berkata ia sangat rindu kepadaku.  Libang libu rasa dalam hatiku.  Minggu itu pula tidak boleh pulang, hanya dibenarkan outing pada hari Ahad sahaja bermula jam 2.00 petang hingga 6.00 petang.  Aku pula memaklumkan kepadanya tidak ke sana pada hari yang dibenarkan outing kerana ada pertemuan antara kami adik beradik untuk membincangkan tentang pertunangan anak buahku.
Dia meminta aku membuka YM untuk dia berkata sesuatu pada malam nanti.  Selepas solat maghrib aku pun memegang telefon dan menanti YM daripada anakku.  Jam 9.00 malam baru ada YM daripadanya, mungkin selepas solat Isyak baru dia berkelapangan chat denganku.   Dalam perbualan kami, dia mengatakan hatinya sangat rindu kepadaku dan meminta gambarku.  Aku menghantar gambarku yang ada dalam koleksi di telefon bimbit.   Dia mengatakan bukan gambar di situ, tetapi sekeping gambar untuk ditatapi bagi menghilangkan rindu.   Air mataku jatuh ke pipi mengenangkan anakku yang jauh di mata.  Apa tidaknya jika kakinya terseliuh atau belakang badannya terasa sakit aku akan mengurut-ngurut kaki atau belakangnya sehingga dia tertidur.   Atau mungkin dia terasa kehilangan suaraku yang sering membebel kepadanya ketika asyik bermain games di telefon.   Aku kuatkan semangatnya dan meminta dia mengajak kawan-kawannya keluar pada hari outing tetapi dia hanya berkata insyaallah.

Selepas solat aku pun bersiap-siap untuk ke pejabat.  Tiba-tiba telefon bimbitku berdering dan kelihatan nombor telefon yang aku tahu siapa pemanggilnya.  Anakku memberi salam dan aku pun menjawab salam.  Seleaps kami berbual secara ringkas dia berkata "Ibu, boleh tak datang ke sini walaupun sekejap?"  Terkedu aku mendengarnya, lantas berjujuran air mataku kerana rasa bersalah dan terharu.  Terus aku mengatakan kepadanya yang aku akan ke sana untuk menemuinya.   



Post a Comment