Pada bulan Syawal 2010 ini bersamaan 1431H, anak-anak aku merungut kerana tidak ada program yang khusus untuk berjalan-jalan. Suamiku masih berada di Pulau Pinang dan akan pulang keesokan harinya. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk membawa mereka berdua ke Muzium Negara.
|
Baju Raya warna merah |
|
Idzham dan Irfan bergaya di hari raya |
|
Irfan yang suka bergaya |
Sampai sahaja di sana, aku terlihat ada Pameran Ular di Muzium Negara. Anakku terus sahaja menuju ke pameran tersebut. Aku cepat-cepat menarik tangan anak-anakku dan memberitahunya agar masuk ke dalam bangunan muzium dahulu kerana Pameran Ular diadakan di luar bangunan. Sudah hampir 15 tahun aku tidak pergi mengunjungi ke Muzium Negara dan rasanya kali terakhir aku memasukinya semasa diadakan Pameran Mumi (orang yang telah mati diawetkan untuk lebih tahan lama seperti bentuk asalnya). Semasa di dalam muzium, anakku terlihat patung manusia hidup di zaman batu yang tinggal di gua. Aku menceritakan sejarah manusia zaman batu, mereka tinggal di gua sebagai rumah tempat mereka berlindung dari hujan dan panas, binatang liar sehinggalah sampai ke tentera Portugis menyerang negeri Melaka pada tahun 1511. Terdapat juga sejarah raja-raja Melayu dan pameran pakaian, pinggan mangkuk dsbnya yang digunakan di dalam istana.
|
tempat peraduan raja-raja zaman dahulu |
|
Idzham dan Irfan sedang posing di hadapan peraduan raja zaman dahulu |
Terdapat juga sejarah tentang manusia yang pertama mendarat di bulan dan pakaian apa yang boleh digunakan untuk mengelakkan tekanan udara Sempat juga kami bergambar di situ.
|
Irfan dengan baju angkasa |
Banyak info yang aku diperoleh tetapi masa yang begitu terhad dan anak-anakku begitu teruja untuk melihat pameran ular tidak banyak yang dapat kusampaikan kepada mereka.
Apabila aku keluar dari bangunan muzium itu, ada pertunjukan ular di atas pentas. Terdapat 3 orang lelaki di atas pentas itu. Mereka sedang membuat persembahan untuk mencium kepala ular tedung yang kepalanya sedang kembang. Kelihatan seorang lelaki sedang mententeramkan ular tersebut sebelum mencium kepalanya. Agak ngeri juga aku melihatnya, kerana jika tersalah langkah maut akibatnya. Kemudian salah seorang mengambil seekor ular sawa yang besar dan memberikan ular tersebut kepada seorang lelaki yang lain dan menunjukkan bagaimana ular tersebut melilit badan manusia. Lelaki tersebut menerangkan bagaimana untuk mengelakkan agar ular tersebut tidak melilit badan manusia sepenuhnya kerana jika tidak orang tersebut akan patah tulang dan seterusnya akan menjadi makanan ular sawa.
Anakku Idzham berkesempatan mengambil gambar beberapa ekor ular di pameran tersebut.
|
Ular Sawa |
|
kepala Ular Sawa |
|
Ular dari Amerika |
|
Bilik Ular bersama Ratu Ular (seorang perempuan Melayu yang tidak terlihat di gambar ini) |
Sebelum pulang sempat juga aku dan anak-anakku bergambar dengan replika ular di pintu masuk.
|
Idzham dengan relika kepala ular tedung |
|
Aku bersama anakku Irfan |