Muhammad Idzham merupakan anak sulungku dan telah dilahirkan pada 31 Jan 2001 di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Seorang anak yang lembut dalam tutur katanya dan pandai mengambil hati. Tidak begitu cerewet tentang makan dan pakaian. Suka menonton cerita kartun seperti Sponge box dan Sin Chan.
Sekarang Idzham telah tamat pengajian dan sudah pun bekerja. Minatnya berubah dan suka menonton video kartun Jepun dan meminati model-model kereta.