Tahun
ini Idzham dalam darjah enam. Tahan ini juga dia akan mengambil
peperiksaan UPSR. Setiap hari Isnin, aku akan mengambil soalan UPSR
dalam surat khabar Berita Harian yang terkenal dalam ruangan DIDIK.
Soalan Bahasa Melayu, Sains dan Matematik merupakan mata pelajaran teras
amat ditekankan olehku.
Setiap
minggu aku akan mengajar sendiri mata pelajaran tersebut. Untuk
menghantar Idzham mengambil tusyen memang agak sukar, memandangkan aku dan
anak-anakku sampai ke rumah hampir senja. Bila kala aku hendak masak
untuk makan malam, sembahyang maghrib, Idzham pula akan cepat mengantuk
kerana keletihan walaupun jam baru 9.00 malam. Kelas tusyen pula biasanya akan
bermula jam 8.00 malam. Memandangkan keadan yang sedemikian, aku
nekad untuk mengajar Idzham sendiri. Walaupun begitu, setiap minggu, sekolah
Idzham ada menyediakan kelas tambahan untuk pelajar tahun 6 yang akan mengambil
peperiksaan UPSR.
Setiap
kali sebelum aku mengajarnya dalam apa jua mata pelajarannya, aku akan rujuk
terlebih dahulu teksnya agar selari dengan cara pembelajarannya. Lama-kelamaan
aku semakin letih untuk mengejar masa. Anakku pula semakin hebat bermain
games di PS2, mahupun di PC. Sememangnya di rumahku ada dua PC. Bukanlah
kerana aku banyak duit, tetapi aku membelinya di pejabat semasa komputer itu
hendak dihapuskira. Komputer itu masih baik lagi kerana kebetulan tahun
itu staf dibekalkan komputer yang terkini. Satu lagi PC diberikan oleh
adikku kerana ia hendak membeli yang baru. Screennya lebar 23"
dan lebih laju daripada yang PC yang pertama.
Semasa
aku pergi membeli barangan dapur di Econsave Balakong, Seorang promoter Astro
menawarkan pemasangan Astro secara percuma dengan syarat aku melanggan
dengannya. Aku memberitahunya, yang anakku akan leka menonton Astro
sedangkan tahun ini ia akan mengambil pepeariskaan UPSR. Aku juga
dimaklumkan oleh promoter Astro, setiap hari ada rancangan akademik untuk
pelajar yang mengambil peperiksaan UPSR. Dalam aku mencongak-congak, aku
rasa ini adalah cara yang terbaik untuk anakku belajar di rumah jika aku
tidak dapat mengajarnya. Akhirnya aku bersetuju untuk melanggan Astro.
Semasa rancangan pembelajaran itu, kadang kala aku juga menonton sekali
dan aku akan memberi sedikit penerangan tambahan untuk makluman anakku itu.
Semasa peperiksaan percubaan UPSR Idzham cuma dapat keputusan 3B dan 2C sahaja. Sebelum inipun keputusan peperiksaannya tidaklah secemerlang mana pun. Yang dapat A semuanya bukan mata pelajaran teras. Aku pun tidak mengharap sangat, tapi yang penting aku telah usaha sedaya mungkin. Nampaknya bukan anakku yang berusaha, tetapi ibunya yang lebih-lebih. Hahahaha...
Peperiksaan semakin hampir. Walaupun begitu, aku tidak cukup masa jua untuk melihat semuanya kerana tugas harianku yang tidak berkurangan sedikit pun. Anakku Irfan pula asyik semput dan demam sejak akhir-akhir ini. Bila ia demam, terpaksalah aku memberi perhatian yang lebih kepadanya.
Kebetulan di pejabatku, ada penjual yang menjual jus kismis. Aku membeli jus kismis untuk anakku Idzham. Kismis merupakan buah yang amat baik dan merangsang minda. Semasa Peperiksaan UPSR akan menjelang 2 - 3 bulan lagi, aku juga membeli supleement tambahan produk Shaklee daripada kawanku. Nasib baik ia memberikanku harga ahli lebih kurang harganya RM92.00. Selebihnya aku tawakkal kepada Allah s.w.t. Untuk sekolah agamanya pula langsung aku tidak sempat untuk melihat dan mengajarnya mana yang boleh aku bantu. Sekali lagi aku bertawakal kepada Allah agar dapat menolongku dan membantu anakku agar mudah untuk menerima ilmu yang diajarkan oleh gurunya.
Hari yang dinanti telah pun tiba. Aku mengambil cuti rehat selama 4 hari untuk memberikan semangat kepada anakku Idzham. Sepanjang ia mengambil peperiksaan UPSR itu, aku berdoa dari rumah agar ia dipermudahkan oleh Allah s.w.t. untuk menjawab soalan yang diberikan. Sebelum hari peperiksaan, aku juga mendapat tips dari rakan sepejabatku untuk membantu anak-anak yang sedang menghadapi peperiksaan.
Selesai sahaja peperiksaan UPSR, aku fokuskan sedikit sebanyak masa yang ada (tidak sampai 2 minggu pun) untuk peperiksaan UPSRA pula. Aku hanya sempat memberi sedikit tunjuk ajar, dan lebih malang lagi kerana tidak dapat mengambil cuti lagi kerana tahun ini cuti aku hanya tinggal 6 hari sahaja. Sekali lagi aku bertawakal kepada Alah s.w.t.

Keputusan UPSR telah dimaklumkan akan dikeluarkan pada 16 November 2013. Sebelum menghantar Idzham ke sekolah, sempat aku memberitahunya, walau seburuk mana sekalipun keputusannya jangan sedih, kerana kita telah berusaha dan Allah telah menentukan segalanya untuk memberikannya semangat. Sebelum keluar dari kereta, aku menyuruh anakku menghubungiku kerana aku juga tidak sabar untuk mengetahui keputusan peperiksaannya. Sepanjang aku memandu kereta ke pejabat, aku masih berdoa agar anakku akan mendapat keputusan yang baik.Jam sudah menunjukkan pukul 11.00 pagi. Idzham belum lagi menghubngiku. Kawanku memaklumkan kepadaku anaknya mendapat 2A 3B. Pengarahku juga memberitahuku anakku mendapat 5A dan UPSRAnya juga mumtaz. Hatiku semakin cuak dan menyangka anakku tidak mahu menghubungiku kerana keputusannya yang tidak cemerlang. Jam 11.15 pagi, aku terima panggilan dari anakku. Permulaan katanya ialah "Ibu jangan marah ya..Idzham dapat 3A 2C saja" Aku terus mengatakan kepadanya "Alhamdulillah.....syukur..ibu tak marah, tapi ibu gembira" Aku sendiri tidak menyangka Idzham boleh mendapat 3A iaitu bagi mata pelajaran Sains, Matematik dan Pemahaman.

Syukur Ya Allah, sesungguhnya Kau
Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...amin...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan