Sejak Idzham masuki asrama, tinggalkan Irfan seorang yang menemani aku walaupun ke mana jua. Terasa sunyi dan kehilangan sejak ketiadaan Idzham. Pada minggu pertama dan kedua, Idzham tidak menaliponku kerana setiap minggu aku ke sana melawatnya. Pada minggu ketiga dan keempat pun aku masih lagi berulang alik ke sana setiap hujung minggu kerana ada urusan di sana.
Semasa Idzham dibenarkan pulang pada 3/3/2017, dia pulang sendirian tanpa ditemani kawan karibnya Adib kerana keluarganya menyewa hotel untuk bermalam di sana. Idzham menaiki komuter di Seremban dan turun di Stesen Komputer di Sri Serdang. Aku telah menyuruhnya pergi ke Restoran Mamak di situ, sementara menunggu aku balik dari kerja dan mengambilnya ke sana. Petang itu, hujan turun dengan lebatnya dan ini menyebabkan jalan agak sesak menuju ke The Mines Shopping.
Alhamdulillah sampai sahaja di sana, aku dapat meletakkan keretaku betul-betul di hadapan restoran mamak tersebut. Mataku melilau ke sana sini mencari anakkku Idzham. Tiba-tiba mataku terhenti dan melihat seorang remaja lelaki yang berpakaian warna oren sedang mengheret beg pakaian. Aku memanggil namanya dan ia menoleh dan terus tersenyum kepadaku.
Gembira hatiku melihat dia selamat pulang buat kali pertama sendirian dan sedih melihat badannya yang kurus seolah-olah tidak bermaya. Rupanya sepanjang minggu di asrama, dia batuk-batuk. Aku dan Idzham mengambil tempat duduk dan memesan makanan untuk kami. Ketika aku bertanya kabar dan berbual-bual dengannya, batuknya masih tidak henti-henti menyebabkan aku berasa sungguh gusar.
Menunggu pesanan makanan yang tidak sampai |
Malam itu, rumahku bising semula dengan keletah kedua-dua anakku idzham dan irfan yang asyik bercerita tentang permainan komputer. Pagi esoknya pula aku membawa kedua-dua anakku ke rumah adikku di Saujana Impian, Kajang kerana ingin berjumpa dengan ibuku yang berada di sana. Sempat juga Idzham membuat tugasannya yang bertajuk penyalahgunaan dadah di rumah adikku kerana di sana ada internet dan pencetak.
Keesokan harinya Idzham terpaksa pulang ke KVPD semula. Pada mulanya aku merancang ingin menaiki komuter bersama-sama mereka sehingga ke Seremban. Sampai di sana nanti aku akan memastikan Idzham akan menaiki bas yang menuju ke KVPD. Tetapi aku tidak sampai hati untuk menyuruhnya balik sendirian kerana kebetulan hari itu dia ciri-birit dan batuknya pula tidak sembuh. Tidak sampai hatiku untuk menghantar Idzham pulang sendirian, maka aku terpaksa membawa kereta ke sana demi keselamatannya dan dia pula berkata "Saya kena balik sendirian ke Ibu?" Hatiku sebak mendengarnya tetapi aku sorokkan kesedihan itu daripadanya supaya dia tidak akan sedih untuk pulang ke asrama.
Aku tidak pernah memandu kereta ke Port Dickson jika tidak bersama suami. Memandangkan suamiku tiada pada hari itu, terpaksalah aku memandu sendirian dengan berpandukan google maps. Alhamdulillah walaupun rasa cuak tapi sampai jua aku ke sana. Sempat juga kami singgah di Tesco yang berdekatan dengan KVPD untuk membeli peralatannya di DIY.
Sebelum meninggalkannya aku memberi kata-kata semangat agar dia dapat belajar dengan tenang dan akan mengambilnya pada minggu hadapan kerana ada majlis perkahwinan di Melaka. Dalam perjalanan pulang, aku masih lagi memerlukan temanku google map untuk mencari laluan Highwau LEKAS untuk pulang. Walaupun masih tersasar tapi aku sampai juga ke rumah jam 8.00 malam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan